Thursday 5 July 2018

END OF DEGREE (2015-2018)

Walaupun kakros ni orang yang biasa biasa dalam pelajaran,  Allah dah susun cantik jalan untuk kakros.

Bermula dari Tadika,  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,  kakros mohon matrikulasi. 

Walaupun ramai yang cakap Matrik tu susah, tak salah kan mencuba?  Lagipun Matrik cuma setahun 😂 (Konon nak cepat habis)  

Walaupun minta Area Selangor,  Negeri Sembilan dan Melaka,  kakros dapat tawaran di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) . 

Nun jauhhhhhhh Perlis 8 jam dari Kuala Lumpur.  Btw,  kampung kakros Perlis. See?  Nampak tak hikmah ? 

Sepanjang setahun kakros di KMP, banyak hal jadi.  Dan antara hikmahnya Arwah nenek meninggal masa kakros di Semester 1 belajar di KMP.  KMP dgn Kampung tak jauh jadi Mak sedara datang dan ambik kakros untuk berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.  

Cuba bayangkan if kakros bukan di Perlis,  macam mana nak jumpa nenek untuk kali terakhir?  So,  memang bersyukur dengan apa yang terjadi. 

Masuk Semester kedua,  kakros dah nak exam masatu. Minggu sebelum tu kakros balik dah sebab mak bagitau ayah masuk hospital. Bergegas balik KL. alhamdulillah maksu yang bawak dan ikut balik KL.  Disebabkan masih ada kelas, kakros balik KMP selepas 3 hari ziarah ayah. 5 hari kemudian, Ayah telah menghembuskan nafas yang terakhir . 

Cuma kakros seorang yang takde disamping ayah masa ayah hembuskan nafas buat kali terakhir. Rezeki, malam tu tiket semua sold out. Ayah sedara tolong bawak balik KL.  

Sempat tengok ayah buat kali terakhir.  Sebelum ayah di kebumikan. Doktor pesan dah untuk ready sebab ayah memang takde harapan untuk hidup. 10 hari ayah dekat hospital dan mak yang jaga.

Rindunya dekat ayah.  Dah 3 tahun ayah takde.  

Selepas habis Matrik bulan 4, kakros dapat tawaran Degree ke UITM segamat, Johor dan daftar Bulan September tahun tu jugak.  Kiranya rehat for 5 months gitu jeee.  Alhamdulillah rezeki dapat course Marketing.  

Asalnya kakros tak tahu course tu pasal apa even minat business dari kecil tapi rezeki kan Allah bagi pilihan ke 4 dalam permohonan UPU kakros dapat. Permohonan pertama kena Interview, kakros tak pergi hahaha. 

Pada September 2015 bermula lah kehidupan kakros di UITM Segamat yang mana dulunya UITM yang Abang sulung kakros pernah belajar diploma tau!  Hehe

Rezeki lagi sebab abang tahu selok belok UITM ni walaupun dah bertahun tinggalkan.  Haaa lagi 1, KMP bersebelahan dengan UITM Perlis.  UiTM Perlis tempat abang sulung kakros ambik Degree hehe.

Cantik kan aturan Allah? 

Kalau korang nak tahu,  sepanjang kakros belajar ni,  setiap semester ada je business yang kakros buat.  Sambil belajar,  sambil jana pendapatan. Pernah failed 1 subject masa semester 1. Kene repeat masa semester 2. Memang parah.  Subject lagi banyak dari orang lain tapi kekal berbusiness printing pulak 😂

Masuk semester 3 sampai 4 alhamdulillah no failed. Semua lulus.  Masuk semester 5, failed satu subject.  Masatu dah start internship dah.  UITM call tanya nak ambik subpaper or repeat semester depan.  

Kakros kalau boleh taknak lah drag lagi kan masa belajar tu.  Nak on time hehe alhamdulillah kakros cabar diri nak ambik subpaper. Subpaper tu lagi seminggu je dan kakros tengah intern. Ambik cuti 2 hari dan pergi segamat. Dah la masatu bebudak tak masuk new semester lagi. Pengalaman duduk sorang2 dalam 1 bangunan. Alhamdulillah Allah pelihara.  

Habis jawab terus balik kl. Alhamdulillah result beberapa minggu kemudian dan lulus. Tengah intern kene buat final year project (FYP) tentang masalah company yang kita intern. Fuhhh menangis weh cari tajuk,  masalah dan etc. 

Masa nak hantar proposal, berkali-kali kene reject.  Buat sambil nangis seharian tu dan tiket bas burn sebab tak dapat balik on due date hantar proposal tu.  Nasib ada kawan yang membantu. 

Then untuk final report kene hantar sebelum raya,  jadinya seminggu sebelum raya berkampung dekat Segamat dan cari lecturer untuk tengokkan.  Menangis2 sebab tak jumpa GAP 😂 ye,  kakros buat Qualitative bukan Quantitative.  

Alhamdulillah siap pun sebelum raya dan raya ke 11 dah kene present VIVA depan 2 orang panel..

Dan alhamdulillah 2015-2018 masa kakros belajar dah pun tamat.  Baru je lepas habis Internship di Company AVANA dan siapkan FYP serta VIVA pada 25 JUN 2018 yang lalu... 

Alhamdulillah rezeki lagi,  seminggu lebih je menganggur.  InsyaAllah 9 JULY 2018 akan start kerja di company AVANA 😁❤ 

___________

Sebenarnya banyak lagi yang terjadi dalam hidup kakros sepanjang belajar ni tapi kakros simpan sorang-sorang jela hehehe 

___________

DOAKAN HIDUP KAKROS DI BERKATI & DI MURAHKAN REZEKI SENTIASA 🌸 hopefully result the best for last Semester ni... 



DOAKAN KAKROS SEMPAT GRAD PAKAI JUBAH KONVO 🎓

No comments:

Post a Comment

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...