Saturday 27 January 2018

REVIEW : RESTORAN GEGEY

Hi korang!
Lamanya kakros tak post di blog ni tapi takpe this time kakros nak share dengan korang tentang satu restoran yang viral sehinggakan semua orang nak pergi untuk cuba siap masuk Malaysia Hari Ini, Jalan-Jalan Cari Makan tau!

Alhamdulillah 26 Januari 2018, kakros pergi ke Shah Alam untuk jumpa kak ziha & kak oya untuk lepak-lepak. Ladies time gituuu. Well, i am their sister right. Kadang setahun sekali rasanya jumpa. Punya lah busy! Alhamdulillah rezeki dapat pun jumpa!! 



Restoran Gegey

Kisah kakros bermula bila pagi tu baru nak cari uber untuk ke KTM Rawang then Aunty Azizah call mak & katanya boleh hantar ke KTM Rawang tapi before that Aunty Azizah nak ke Tesco Rawang dulu. So, 12pm kitaorang gerak ke Tesco Rawang sampai pukul 3pm. Tepat 330pm kakros naik KTM dari Rawang & Stop di KTM Batu Tiga. Masa yang di ambil lebih kurang 2 jam.



Kak ziha & kak oya tak sampai lagi sebab diorang dua baru balik kerja. Kak oya from KLCC and Kak ziha from Puncak Alam. Sempat Asar & maghrib dekat KTM Batu Tiga. After Maghrib terus gerak ke restoran yang viral iaitu Restaurant Gegey di Seksyen 7, Shah Alam. Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam. Orang Shah Alam kalau tak try lagi taktahu lah sebab dengar review macam sedap so why not cuba kan?



Sebelum sampai tu dah siap google menu. Bila tengok gambar Air dia, OMG! I want Rainbow tuuuu hahaha Kalau korang sampai di Restoran Gegey tu, jangan korang tunggu dekat meja je tunggu orang dia datang ambik order sebab order dekat Kaunter & terus bayar. Nanti makanan tu sampai dekat meja korang. 

Masa untuk sampai tak lama sangat sebab kitaorang antaranya terawal sebab lepas tu dah start ramai orang dah. Okay, for kakros, Air dia sedapppp. Rainbow tu kek Rainbow dan letak atas air tu. Rainbow tu sebagai Topping sahaja dan air boleh pilih. Kitaorang pilih Mocha. Harga dia RM14.90. Berbaloi sebab air dia besar!! 3 orang minum pun cukup. Untuk air, kakros bagi 10/10 sebab kakros memang puas hati dengan air dia.
Mocha (Topping Rainbow)
Untuk makanan ada Western & Nasi. Kitaorang pilih Western Small Plater (2-4pax) berharga RM44.90. Dalam tu ada Aglio Oglio, Chicken Chop x2, Fries, Meatball x10 and Chicken Wing. Memang kakros cakap, kenyang gilaaa sampai chicken chop tak dapat nak habiskan. Tapi quality makanan dia kurang sebab meatball dia rasa sejuk (macam di panaskan balik), chicken chop dia tak berapa nak best, kuah dia biasa jee. aglio oglio pun rasa sejuk. Chicken wing habis so di gantikan Chicken Chop bersoskan chicken wing punya. Hahahah Fries dia je okay sikit ðŸ˜‚

Untuk makanan, 5/10  sahaja. Maybe nasi dia okay kot sebab kitaorang tak order. Haa lagi satu, Cashier dia tak mesra. Terus macam spoiled kan mood kitaorang. Hahahaha

Western Small Plater (2-4 pax)
Dalam 2 jam jugaklah kakros lepak dengan Kak Ziha & Kak Oya. Dalam pukul 10, kitaorang gerak balik. Pukul 1030pm, kitaorang hantar kak Oya naik KTM sebab kak oya nak balik Gombak. Then kak ziha hantar kakros balik rawang & bermalam di rumah ðŸ˜ƒ Rezeki dapat spend more time dengan Akak kesayangan sorang ni. Nasib esoknya sabtu. Off day 

Okay, thats all review about Restaurant Gegey. Overall, 6/10 je kot kepuasan tentang Restaurant Gegey ni. Hope Restaurant Gegey dapat improvekan lagi! Sebab tarikan Air dia betul-betul mengajak orang untuk datang sebab kakros tengok setiap meja mesti ada air Rainbow! Tapi kalau quality tak jaga, memang sekali jela orang akan datang utk rasa. After that memang tak dah. Hihi
With Kak Ziha & Kak Oya

 Nak kakros review apa lagi? Comment below ðŸ’˜

Thank you for reading ðŸ’‹

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

No comments:

Post a Comment

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...