Monday 30 July 2018

KELEBIHAN SERUM YOUTH SHAKLEE

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang tak tahu kelebihan Serum Youth Shaklee kan?

Jom check it out!


🌸 Dihasilkan selepas 8 tahun kajian dan mempunyai 8 'patent pending'

🌸 Terbukti melalui kajian klinikal bebas drpd 2500 bahan kimia berbahaya.

🌸 Sesuai utk semua lapisan usia dan semua jenis kulit.

🌸 Keputusan ujian klinikal menunjukan 100% wanita yg menggunakan memiliki kulit yg lebih muda.

🌸 Product 'vigan' - tidak mengandungi bahan berasaskan haiwan.

🌸 Bebas kekejaman ke atas haiwan.Ia tidak menjadikan haiwan sebagai bahan ujian.

🌸 Mengurangkan kedutan pada kulit.

🌸 Melindungi kulit drpd kerosakan UV & kesan penuaan.

🌸 Menyeimbangkan tona kulit dan memberikan sinaran kulit.

🌸 Menggalakan pengeluaran sel kulit yg sihat.

Best gila kan YOUTH shaklee ni? Dalam masa sebulan je, beratus ribu set telah terjual tau! Betapa ramai nakkan YOUTH Shaklee ni..

Disini kakros selitkan testimoni yang menggunakan YOUTH!



Thank you for reading 💋

Want order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Friday 27 July 2018

TUTORIAL AIR PERFORMANCE DRINK. SUSAH KE?

Assalamualaikum! 

Untuk post yang sebelum ni, kita dah share kelebihan Performance Drink, korang boleh klik link KEISTIMEWAAN PERFORMANCE DRINK untuk baca okay?

So, this time kakros share dengan korang tutorial buat air Performance Drink!

Mintak anak umur 12 tahun pun reti buat sebab senang sangat haaa nak buat.

Enjoy the video!



Thank you for reading and Watching 💋

Want order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Wednesday 25 July 2018

KELEBIHAN BASIC H

Basic H Shaklee merupakan pencuci biodegradable dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada 1960. Ianya di hasilkan daripada  sumber semulajadi iaitu jagung dan kelapa, merupakan pencuci serba guna, bebas dari bahan kimia, biodegradasi dan selamat untuk seisi keluarga. Bak kata orang putih, Organic  Super Cleaning Concentrated. :-)


Sekarang ni kes HFMD sedang berleluasa.  Cepat cegah anak dan keluarga kita dari kuman. 

Sebotol Basic H boleh tahan lama tau! 

Bersihkan segala mainan anak-anak dengan Basic H shaklee.  

Bersihkan seluruh rumah dengan Basic H Shaklee bagi memastikan kebersihan terjaga 😊


Bagi yang berminat untuk membeli Basic H, boleh contact Kakros 

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria


WORDLESS WEDNESDAY







Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Monday 23 July 2018

KEISTIMEWAAN PERFORMANCE DRINK

Assalamualaikum!

Harini kakros nak share tentang Keistimewaan Performance Drink.


Mesti di luar sana ramai atlet atlet yang memerlukan banyak tenaga untuk bersukan kan?
Tak lupa juga untuk ibu bapa yang perlu bekerja dan menguruskan anak-anak setiap hari. Kalau takde tenaga, habis semua benda tak jalan! Betul tak?

Walaupun kakros tak kahwin lagi, tapi kakros suka kanak-kanak dan dah ada 2 orang anak buah. Memang sangat penat bila kita perlu melayan diaorang hampir 24 jam hahahaha.

Tak lupa juga anak-anak yang dah umur 2 tahun tapi masih perlu di dukung. Ada yang 10kg, masyaAllah lenguh sangat tangan ni..

Jadi, sebab tu kita perlukan sesuatu yang boleh beri kita tenaga. It is Performance Drink!

--------------------

Apa yang best tentang Performance Drink ni,  dia ialah air tenaga yang sihat ♥️

Jom tengok apa keistimewaan Performance Drink ni!  

1. Bebas gas atau tidak berkarbonat.

2. Kurang  kandungan gula (less sugar).

3. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

4. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

5. Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

6. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

7. Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok ambil untuk tolong cegah dehydration.

-------------------

Saranan penggunaan:

Campur 28 g atau 3 sudu besar serbuk untuk setiap 237 ml atau 1 cawan (8 oz.) air sejuk. Tutup penutup dengan ketat dan simpan di tempat sejuk dan kering. Untuk kegunaan pasukan, campur kesemua satu bekas serbuk dengan 4.5 L air. Simpan dalam peti sejuk bahagian campuran yang tidak digunakan.

-----------------------

Nak order?


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Friday 20 July 2018

MY GOALS

Assalamualaikum...

Setiap orang yang hidup di dunia ni pasti ada Impian. Pasti ada benda yang nak capai.
Tipu lah kalau takde langsung benda yang kita nak capai.

Nak 4 Flat setiap semester juga merupakan goals/ impian yang kita nak capai.
Nak bagi Mak Ayah duit setiap bulan pun merupakan impian sebab masih belum capai.

Selagi belum capai, ianya adalah impian. Betul tak?

Jadi, untuk mencapai impian yang kita nak, mestilah kena USAHA. Kannnnn?
Duit takkan datang bergolek! hehe

Di sini kakros listkan beberapa Impian yang kakros nak capai. Kalau boleh sebelum 30 tahun. Mampu ke?

---------------------------

1. RUMAH

Walaupun masih muda, tak salah untuk berimpikan rumah idaman. Rumah yang luas, besar, ada swimming pool, ada pelbagai bilik seperti Bilik Solat, Bilik Music, Gym, Bilik Wardrobe, Bilik tidur lebih dari 5, Dapur idaman, Lift dalam rumah (haha) dan macam-macam lagi! 



2. KERETA

Walaupun kakros seorang perempuan, takkan kakros takde kereta Idaman kan? Kakros jujur yang kakros memang tak tahu bab bab kereta ni asalkan cantik dan puas hati, kakros happy dah! Dapat beli kereta dengan hasil titik peluh sendiri lebih kita hargai berbanding kereta dari mak ayah kita. So, cabar diri untuk beli kereta dengan duit sendiri. Kita semua pasti boleh. Yeah!!!



3. HAJI DAN UMRAH

Kakros nak sangat pergi Haji dan Umrah di usia muda. Taknak la tunggu umur 50 tahun baru sibuk nak pergi. Lagipun Mak selalu cakap nak pergi Mekkah. Teringin la kakros nak bawak mak pergi Haji dan Umrah :) Mak happy dah cukup buat kakros happy! Yelaa, dari kita dalam rahim mak lagi mak dah jaga kita sampai lah besar. Takkan kita takboleh nak tunaikan permintaan mereka. Betul tak?



4. TRAVEL

Kakros dan family memang suka berjalan. Masa kecik kecik dulu boleh la harapkan mak ayah abang yang belanja tiap kali bercuti. Bila dah besar ni, mesti rasa nak travel dengan duit sendiri. Kan? Impian kakros untuk travel around the world. Kakros tak pernah ke luar negara lagi even Singapore dan Indonesia yang paling dekat tu hahahha




5. FINANCIAL FREEDOM

Impian kakros yang seterusnya ialah Money Freedom/Financial Freedom. Ni paling penting untuk merialisasikan semua impian kakros. Takdelah risau duit dah. Hehehe

Kakros berimpikan agar PTPTN kakros yang lebih RM20,000 dapat dilangsaikan terus sekaligus. Selain daripada tu, Kakros ada duit yang banyak sampai boleh bina masjid, tahfiz, zakat tiap bulan dan sedekah yang banyak setiap hari :)



-------------------------------

Tak mustahil semuanya dapat di capai. Janji ada Usaha!

Kenapa kakros boleh cakap tak mustahil? Meh kakros listkan.

Kakros join Shaklee untuk buat Side Income dan juga Passive Income. So, 

1. Dalam Shaklee, Selain daripada Cash Bonus, Shaklee akan beri duit setiap bulan untuk siapa yang capai Car Bonus. Car bonus boleh bayar Kereta :)

2. Untuk leader Shaklee, boleh kejar Free Trip termasuklah Umrah Free! Boleh hadiahkan Mak pergi ke Umrah bersama-sama dengan SID yang lain.

3. Pendapatan dalam business Shaklee seorang boleh capai lebih 1 Juta sebulan. pendapatan ni boleh bantu kakros beli rumah, pergi travel, sedekah, dan pergi Haji.

---------------------------------

Alhamdulillah, Tak sia-sia kakros join Shaklee sejak 8 February 2017.
Doakan kakros untuk capai semua Impian kakros ni dan jangan lupa support kakros tau! 

SHAKLEE? KAKROS! 💋
WANNA JOIN TEAM KAKROS? 


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria



Wednesday 18 July 2018

WORDLESS WEDNESDAY

SHAKLEE PUN BOLEH BUAT HANTARAN!




Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Monday 16 July 2018

KEPENTINGAN VITAMIN C DALAM BADAN

Assalamualaikum..

Hari ini kakros nak share dengan korang tentang kepentingan Vitamin C dalam badan. Masih ramai yang tak ambil peduli tentang keperluan diri seharian..


Vitamin C amat penting untuk tubuh badan dan kita tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Oleh itu, ia perlukan penambahan yang berterusan. 

Antara kepentingan Vitamin C pada tubuh ialah :

🌸 Membantu dalam penghasilan kolagen
🌸 Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif
🌸 Melindungi dari sinaran uv
🌸 Agen penyembuhan luka
🌸 Meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian
🌸 Menstabilkan paras darah
🌸 Membantu penyerapan zat besi

Vitamin C adalah suplemen yang selamat digunakan. Jika berlebihan dalam tubuh, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Ini kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air.

----------------------

Jadi tunggu apa lagi?
Vitamin C Shaklee adalah yang terbaik! Satu Botol Tahan 6 bulan tauuuu :D 



Nak order?


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Wednesday 11 July 2018

WORDLESS WEDNESDAY








Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Monday 9 July 2018

KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum..

Hari ini kakros nak share mengenai kelebihan Omega Guard Shaklee!


☑ minyak ikan berpekatan tinggi
- membekalkan spektrum lengkap 7 jenis acid lemak perlu seperti Omega 3 tulen,biasanya ditemui secara semula kadi dalam ikan kecil di habitat laut dalam air sejuk 
- mengandungi kepekatan 999mg Omega 3 (546mg EPA yg bmnfaat utk ksihatan dan 36pmg DHA utk pkembangan dan fungsi normal tubuh

☑ Penyulingan Molekul Berganda
- menjalani proses moden penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega 3 dan menyingkirkan bshan berbahaya seperti raksa,plumbum, kadmium,arsenik dioksin, PBC dan bahan cemar
- mengurangjan bau dan rasa hanyir

☑ Sahabat Laut
- diikturaf oleh Friend of the sea untuk membantu memastikan bekalan bterusan minyak ikan bkualiti tinggi yg stabil utk Shaklee tnpa mnjejaskan alam sekitar

---------------------


KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita 

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat 

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok 

5.  Mengekalkan tekanan normal darah 

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher 

7.  Mengurangkan sakit kepala 

8.  Merendahkan kolestrol 

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan 

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL 

11. Mengawal masalah obesiti 

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung 

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin 

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak 

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak 

16. Membantu menyihatkan paru-paru 

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll 

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) 

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang 

20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon. 

21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan 

22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik  

23. Memelihara fungsi-fungsi sendi 


24. Mencegah penyakit gout 

--------------------------

Dalam 1 botol Omega Guard ni, ada banyaakkk sangat kelebihan tau! Bukan hanya focus pada kurus semata-mata. Nak tahu lebih lanjut? Boleh contact number di bawah. 

Kalau dah tahu tentang Omega Guard Shaklee ni, boleh terus shopping di button sebelah :)
Jangan lupa whatsapp kakros untuk dapatkan nasihat ye!




Thank you for reading 💋

Nak order?

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Thursday 5 July 2018

END OF DEGREE (2015-2018)

Walaupun kakros ni orang yang biasa biasa dalam pelajaran,  Allah dah susun cantik jalan untuk kakros.

Bermula dari Tadika,  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,  kakros mohon matrikulasi. 

Walaupun ramai yang cakap Matrik tu susah, tak salah kan mencuba?  Lagipun Matrik cuma setahun 😂 (Konon nak cepat habis)  

Walaupun minta Area Selangor,  Negeri Sembilan dan Melaka,  kakros dapat tawaran di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) . 

Nun jauhhhhhhh Perlis 8 jam dari Kuala Lumpur.  Btw,  kampung kakros Perlis. See?  Nampak tak hikmah ? 

Sepanjang setahun kakros di KMP, banyak hal jadi.  Dan antara hikmahnya Arwah nenek meninggal masa kakros di Semester 1 belajar di KMP.  KMP dgn Kampung tak jauh jadi Mak sedara datang dan ambik kakros untuk berjumpa dengan arwah buat kali terakhir.  

Cuba bayangkan if kakros bukan di Perlis,  macam mana nak jumpa nenek untuk kali terakhir?  So,  memang bersyukur dengan apa yang terjadi. 

Masuk Semester kedua,  kakros dah nak exam masatu. Minggu sebelum tu kakros balik dah sebab mak bagitau ayah masuk hospital. Bergegas balik KL. alhamdulillah maksu yang bawak dan ikut balik KL.  Disebabkan masih ada kelas, kakros balik KMP selepas 3 hari ziarah ayah. 5 hari kemudian, Ayah telah menghembuskan nafas yang terakhir . 

Cuma kakros seorang yang takde disamping ayah masa ayah hembuskan nafas buat kali terakhir. Rezeki, malam tu tiket semua sold out. Ayah sedara tolong bawak balik KL.  

Sempat tengok ayah buat kali terakhir.  Sebelum ayah di kebumikan. Doktor pesan dah untuk ready sebab ayah memang takde harapan untuk hidup. 10 hari ayah dekat hospital dan mak yang jaga.

Rindunya dekat ayah.  Dah 3 tahun ayah takde.  

Selepas habis Matrik bulan 4, kakros dapat tawaran Degree ke UITM segamat, Johor dan daftar Bulan September tahun tu jugak.  Kiranya rehat for 5 months gitu jeee.  Alhamdulillah rezeki dapat course Marketing.  

Asalnya kakros tak tahu course tu pasal apa even minat business dari kecil tapi rezeki kan Allah bagi pilihan ke 4 dalam permohonan UPU kakros dapat. Permohonan pertama kena Interview, kakros tak pergi hahaha. 

Pada September 2015 bermula lah kehidupan kakros di UITM Segamat yang mana dulunya UITM yang Abang sulung kakros pernah belajar diploma tau!  Hehe

Rezeki lagi sebab abang tahu selok belok UITM ni walaupun dah bertahun tinggalkan.  Haaa lagi 1, KMP bersebelahan dengan UITM Perlis.  UiTM Perlis tempat abang sulung kakros ambik Degree hehe.

Cantik kan aturan Allah? 

Kalau korang nak tahu,  sepanjang kakros belajar ni,  setiap semester ada je business yang kakros buat.  Sambil belajar,  sambil jana pendapatan. Pernah failed 1 subject masa semester 1. Kene repeat masa semester 2. Memang parah.  Subject lagi banyak dari orang lain tapi kekal berbusiness printing pulak 😂

Masuk semester 3 sampai 4 alhamdulillah no failed. Semua lulus.  Masuk semester 5, failed satu subject.  Masatu dah start internship dah.  UITM call tanya nak ambik subpaper or repeat semester depan.  

Kakros kalau boleh taknak lah drag lagi kan masa belajar tu.  Nak on time hehe alhamdulillah kakros cabar diri nak ambik subpaper. Subpaper tu lagi seminggu je dan kakros tengah intern. Ambik cuti 2 hari dan pergi segamat. Dah la masatu bebudak tak masuk new semester lagi. Pengalaman duduk sorang2 dalam 1 bangunan. Alhamdulillah Allah pelihara.  

Habis jawab terus balik kl. Alhamdulillah result beberapa minggu kemudian dan lulus. Tengah intern kene buat final year project (FYP) tentang masalah company yang kita intern. Fuhhh menangis weh cari tajuk,  masalah dan etc. 

Masa nak hantar proposal, berkali-kali kene reject.  Buat sambil nangis seharian tu dan tiket bas burn sebab tak dapat balik on due date hantar proposal tu.  Nasib ada kawan yang membantu. 

Then untuk final report kene hantar sebelum raya,  jadinya seminggu sebelum raya berkampung dekat Segamat dan cari lecturer untuk tengokkan.  Menangis2 sebab tak jumpa GAP 😂 ye,  kakros buat Qualitative bukan Quantitative.  

Alhamdulillah siap pun sebelum raya dan raya ke 11 dah kene present VIVA depan 2 orang panel..

Dan alhamdulillah 2015-2018 masa kakros belajar dah pun tamat.  Baru je lepas habis Internship di Company AVANA dan siapkan FYP serta VIVA pada 25 JUN 2018 yang lalu... 

Alhamdulillah rezeki lagi,  seminggu lebih je menganggur.  InsyaAllah 9 JULY 2018 akan start kerja di company AVANA 😁❤ 

___________

Sebenarnya banyak lagi yang terjadi dalam hidup kakros sepanjang belajar ni tapi kakros simpan sorang-sorang jela hehehe 

___________

DOAKAN HIDUP KAKROS DI BERKATI & DI MURAHKAN REZEKI SENTIASA 🌸 hopefully result the best for last Semester ni... 



DOAKAN KAKROS SEMPAT GRAD PAKAI JUBAH KONVO 🎓

Wednesday 4 July 2018

WORDLESS WEDNESDAY






Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria


Monday 2 July 2018

KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE

Hi korang!
Hari ini kakros nak share dengan korang tentang kebaikan lecithin. 


Masih ramai tak tahu yang lecithin ni banyak kelebihan dan bukan hanya focus pada bakar lemak semata-mata 😁 Okay jom kakros sharekan!

1. Pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak lain. (Membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, stroke, penyakit hati, arteri mengeras dan sebagainya.)

2. Bertindak sebagai pengemulsi lemak. (Memecahkan lemak)

3. Membantu penyerapan zat zat pemting dari salur darah ke sel badan. Jika lecithin tidak mencukupi, membran sel akan mengeras dan menyukarkan proses penyerapan zat. 

4. Membantu mengurangkan/mencegah penyakit hati.

5. Dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transisi saraf impuls dan neuro transmitter (short term memory)

6. Sumber hormon neurotransmitter iaitu penggalak proses tidur. No insomnia. 

7. Pelincir bagi sendi dan penyelenggaraan alat bantuan atau penyembuhan pankreas. 

8. Kepekatan asid lemak yang tinggi membolehkan lecithin mengekalkan kelembapan kulit yang amat berkesan.



Ianya memang 1 botol Lecithin tapi orang akan dapat banyakkkkkkkkk sangat kelebihan bila amalkan Lecithin ni. Dah tahu kan mana nak cari? 



Thank you for reading 💋

Nak order?


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...