Monday 23 April 2018

ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA


Assalamualaikum! 
Hari ini kakros nak share dengan korang tentang Alfalfa bahaya untuk siapa dan kenapa ianya bahaya!



1. WANITA MENGANDUNG
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung




2. PENYAKIT AUTOIMUN
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk

3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk.




4. KENCING MANIS
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma





5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa.



Thank you for reading 💋

Nak order?

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

No comments:

Post a Comment

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...