Monday 30 April 2018

KELEBIHAN HERBAL BLEND

Assalamualaikum!
Hari ini kakros nak share tentang kelebihan Herbal Blend.

Herbal blend multipurpose cream ni adalah krim sapu yang berbeza dari krim-krim yang lain kerana ianya dibuat tanpa paraben!



APA ITU PARABEN?
Paraben adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet untuk menjadikan sesuatu bahan itu bertahan lebih lama. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua paraben yang digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi.
Paraben ini boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
Tanpa kita sedari Parabens ada di mana-mana seperti di dalam alat solek atau kosmetik, syampu, gel pembersihan, dan ubat gigi.

BAHAYA PARABEN
- Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya disapu atas bahagian kulit. 
- Paraben boleh menyebabkan allergi dan ruam kulit terutamanya yang mempunyai kulit sensitif.
- Walaupun penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, tetapi dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan masalah kulit yang serius.
- Menyebabkan proses penuaan kulit lebih cepat
- Meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
- Mengganggu sistem pembiakan lelaki. 



ANTARA KEGUNAAN HERBAL BLEND:

-membantu atasi masalah eczema
-merawat kulit gatal akibat serangan gigitan serangga
-melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
-menghilangkan parut seperti parut chicken pox
-melegakan ruam pada bayi
-merawat kesan luka 
-membantu membuang angin pada perut



Thank you for reading 💋

Nak order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Friday 27 April 2018

APAKAH KANDUNGAN DALAM VIVIX?

Assalamualaikum..
Hari ni kakros nak share dengan korang tentang apakah kandungan dalam VIVIX. 

Korang kenal tak apa itu VIVIX? Si botol ajaib tu ler~ 



Kalau korang tak kenal lagi Vivix tu apa dan adakah ianya halal, boleh click 

Okay, jom kakros cerita apakah kandungan dalam Vivix ni. 

Vivix diperbuat dari 4 tumbuh-tumbuhan:

1)Polygonum cuspidatum
2)Muscadine grape
3)European elderberry
4)purple carrot

Ke4 empat pokok ni kaya dengan resveratrol yang juga merupakan antioxidants yg hebat.

Polygonum cuspidatum dah digunakan oleh perubatan tabib Cina sejak berabad lamanya.

Kenapa shaklee pilih 4 pokok ni??

Kerana kandungan reseveratrol disini lebih jauh byk dri dlm red wine itself dan supplements resveratrol lain dipasaran.

So apa itu resveratrol??

Resveratrol ni ada pada kulit anggur yg menjadikan buah tu sgt purple.

Bila dikaji semula resveratrol memberi perlindungan pada buah anggur itu dari dijangkiti penyakit atau kulat yang merosakkan pokok tu sendiri.

Maka bila dimakan, effect anti-kulat tu akan dapat pada manusia.

1) MUSCADINE GRAPES
- saiznya besar lebih kurang 5cm diameter
- warnanya lebih gelap dari anggur biasa
- di tanam di South Calorina salah satu tempatnya
- mengandungi resvesatrol dan polyphenols 
-sejenis anggur liar yang mengandungi 20 kromosom berbanding anggur lain yang mempunyai 19 kromosom
- mengandungi serat diet yang tinggi berbanding nasi dan oat
- ianya juga mengandungi 40x ganda antioksida
- terkandung juga quercetin ( komponen flaranoid ) berbanding anggur lain


 2) ELDEBERRY EROPAH
- mengandungi sumber anthocyanins yg 3x ganda lebih berbanding karotrrid
-mengandungi flaranoid sama macam muscadines grapes
- mengandugi Vit A,B dan C
-berfungsi sebagai antioksida semulajadi


3) PURPLE CARROT ( WORTEL UNGU )

-betakaraten 50% lebih banyak dari mortel oranye
-mengandungi lrbih banyak antioksida dan Vit A
-warna ungu pada purple carrot berasal daripada pigmen antisianin.
-terdapat nutrisi dan senyawa 
* vit A 24000 SI
* vit B1 (thiamine)
* vit B2, B3, B6,B9
* vit  C 7
* energi 24 kalori
* protein 1, 2 gram
*  lemak 0, 3 g
* diet serat 3 g
* kalsium 39ml

4 ) POLYGONUM CUSPIDATUM

-merangkumi ke semuanya sebiji muscadine grapes  termasuk biji, kulit dan resveratrol  yang mempunyai sumber komersial resveratrol yang tinggi.



Thank you for reading 💋


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Wednesday 25 April 2018

WORDLESS WEDNESDAY






Thank you for reading 💋


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Monday 23 April 2018

ALFALFA BAHAYA UNTUK SIAPA DAN KENAPA


Assalamualaikum! 
Hari ini kakros nak share dengan korang tentang Alfalfa bahaya untuk siapa dan kenapa ianya bahaya!



1. WANITA MENGANDUNG
Alfalfa boleh menyerupai Estrogen, sejenis hormon wanita yang berkurang sewaktu mengandung. Penggunaan Alfalfa dalam dose yang tinggi, berbanding yang terdapat dalam makanan dikhuatiri memberi kesan kepada ibu mengandung




2. PENYAKIT AUTOIMUN
Pesakit auto imun seperti, Systemic Lupus Erythematosus (SLE), Multiple Sclerosis (MS), Rheumatoid Arthritis(RA) dilarang untuk mengambil alfalfa. Ini kerana kajian menunjukkan bahawa pengambilan Alfalfa boleh mengaktifkan sistem imun dan boleh menyebabkan penyakit auto imun ini bertambah teruk

3. PESAKIT KANSER OVARI, KANSER UTERUS, ENDOMETRIOSIS, FIBROID
Pesakit yang mempunyai Penyakit ini yang sensitif terhadap hormon estrogen tak sesuai untuk mengambil alfalfa kerana , alfalfa boleh menyerupai hormon estrogen. Pengambilan alfalfa boleh menyebabkan penyakit ini menjadi lebih teruk.




4. KENCING MANIS
Pesakit kencing manis yang mengambil ubatan secara oral, ataupun suntikan tidak digalakkan untuk mengambil alfalfa. Ini kerana , alfalfa boleh merendahkan gula dalam darah. Dan dikhuatiri boleh menyebabkan pesakit kencing manis mengalami simptom hypoglycemia iaitu kurang gula dalam darah seperti ; pitam, pening kepala, badan berpeluh, jantung berdebar debar, dan koma





5. PESAKIT YANG MENERIMA PEMINDAHAN BUAH PINGGANG
Ada satu kes report perubatan yang menunjukkan pesakit yang menerima pemindahan buah pinggang menghadapi masalah "Transplant Rejection" setelah 3 bulan mengambil suplemen mengandungi alfalfa.



Thank you for reading 💋

Nak order?

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Friday 20 April 2018

APAKAH ITU COQ 10?

Assalamualaikum.

Ramai yang tahu sebut Coq10 tapi tak tahu apa itu Coq 10 yang sebenar. Jadi, hari ini kakros nak share dengan korang tentang Coq10 ni. 


CoQ10= Coenzyme Q10  = Q10

Adalah nutrien yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan sistem kardiovaskular .

Coq10 adalah nutrien penting untuk kesihatan jantung. Sangat diperlukan oleh sel & organ untuk berfungsi dengan baik

CoQ10 juga ialah komponen penting dalam penghasilan tenaga.

Lemak+gula ---coQ10--> tenaga

Ianya juga bagus untuk kesihatan kulit ( lindungi dari sinaran UV,galakkan collagen)

Coq10 terletak dalam 'mitochondria' iaitu stesen janakuasa/ janatenaga sel dan Coq10 paling banyak di jantung, sel otak dan hati. 

cOQ10 dihasilkan semulajadi oleh badan tetapi merosot seiring pertambahan usia dan gaya hidup.

Selalunya bermula umur awal 20-an tubuh akan mengalami kesukaran menghasilkannya

Tanda badan kurang CoQ10:

✔Sering rasa lemah
✔Mudah penat/keletihan
✔Cepat mengantuk
✔Tiada tenaga

Ada tak tanda-tanda ni? 




Thank you for reading 💋

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria

Instagram  Byzahidahzakaria

Wednesday 18 April 2018

WORDLESS WEDNESDAY








Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Tuesday 17 April 2018

SI PENGGEMAR TUDUNG

Assalamualaikum!

Kalau korang nak tahu, kakros ni gila tudung tau! Boleh katakan semua jenis tudung ada tapi suka jugak jual preloved kalau trend tu dah habis hahahhaa

Cumanya yang masih setia adalah Shawl! Hehehe 

Setiap kali nak gayakan tudung/shawl, mesti kakros akan bukak Youtube dan cuba sendiri. Lagi lagi bila nak pergi Event! Lagi lah pening nak pakai gaya macam mana. Siap praktis seminggu awal pulak tu 😁😂


Ni contoh kakros pakai style padahal nak ke kelas je! Haha

Well, right now kan kakros tengah berjinak-jinak dengan Youtube. Ketagih dah buat video Youtube. After Record, terus edit Gituuu!

Walaupun agak lambat tapi kakros teruskan jugak sebab nak share dengan korang. 

Yela, mana tahu korang reti pakai selepas tengok Video Kakros! hehhe

Sekarang ni senang je. Korang masuk Youtube, search je "Zahidah Zakaria" nanti ada lah nampak profile picture 👆

Nak lebih senang, CLICK HERE


Link yang kakros share tu untuk TutorialShawl (Video terbaru) kakros. Harap membantu! 

Jangan lupa like dan Subscribe tauuu! 

Nak kakros share video lagi tak? Planning kakros banyak gilaaaaaa!






Monday 16 April 2018

MEALSHAKES SESUAI UNTUK SIAPA?

Hi assalamualaikum semua! 

Harini kakros nak share dengan korang tentang Mealshakes 😋

Korang tahu tak Mealshakes ni sangat sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa? 

  Mealshakes ni sesuai untuk orang yang nak tambah berat badan 😍

Jom kakros sharekan kebaikan mealshakes! 

6 KEBAIKAN MEALSHAKES : 

1. Menyediakan Nutrisi Lengkap - 24 jenis vitamin A-Z, mineral & 'trace mineral'.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel - kaya dengan protein dan tidak mempunyai laktosa.
3. Untuk Pembesaran - mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium.
4. Anti-oksida - Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
5. Untuk Pemulihan Kulit - sesuai untuk yang inginkan kulit cantik
6. Agen detox - Kaya dengan serat dan prebiotik, membantu mengatasi masalah sembelit dan menyihatkan usus.


🌸RESIPI MEALSHAKES🌸

1 biji mangga/pisang/buah kegemaran lain
1 cawan susu segar
2 sudu besar Mealshake
Sedikit ais

Cara Menyediakannya:
Masukkan semua kedalam pengisar dan kisar sehingga ais hancur. Siap!



Thank you for reading 💋

Nak order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria


Friday 13 April 2018

8 TIPS URUSKAN ANAK DEMAM

Assalamualaikum.

Hari ini kakros nak share 8 Tips menguruskan anak demam. 

Mesti ramai tak tahu macam mana nak menguruskan anak demam jadi jom baca kakros nak share 😊


1. Dengan suhu tinggi 38 darjah celcius ke atas, tanggalkan pakaian anak dan biarkan mereka memakai lampin sahaja. 

2. Tuamkan kepala dan badan anak dengan tuala basah untuk turunkan suhu. Boleh basahkan tuala dengan air yang dicampurkan dengan beberapa titik cecair Basic H. Dengan cara ini anda akan perasan bahawa badan anak anda tidak akan berbau berbanding dengan menggunakan campuran air asam jawa dan lain-lain. 



3. Boleh juga mandikan atau biarkan anak berendam dalam air suam untuk turunkan suhu. Boleh gunakan beberapa titisan cecair Basic H dari Shaklee yang organic dan tidak akan membuatkan badan anak anda berbau. 

4. Hidratkan anak anda dengan kerap berikan air untuk diminum. Untuk anak yang masih menyusu, ibu harus kerapkan menyusu. 



5. Untuk ibu yang menyusukan anak yang demam, ibu juga boleh bekalkan vitamin tambahan melalui susu ibu dengan mengamalkan Sustained Release Vitamin C dan Garlic Complex dari Shaklee untuk mendapatkan susu yang lebih berkualiti untuk anak. Dan juga supaya ibu sentiasa sihat dan bertenaga untuk menjaga anak yang kurang sihat. 



6. Berikan anak yang demam makanan yang lembut dan senang dihadam seperti bubur dan sup. 

7. Sentiasa monitor suhu badan anak anda. 



8. Sekiranya tiada tanda perubahan suhu dan suhu semakin tinggi, segeralah bawa anak berjumpa doktor.



Thank you for reading 💋

Nak order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Wednesday 11 April 2018

WORDLESS WEDNESDAY

Tuesday 10 April 2018

PILIHAN SET MENGANDUNG SHAKLEE

Assalamualaikum.
Hari ini kakros nak share dengan korang tentang set mengandung Shaklee!

Ibu mengandung sering alami keletihan yang amat, sengal otot dan sakit pinggang kerana kekurangan kalsium yang perlu dibekalkan kepada bayi dalam kandungan yang sedang cepat membesar.

Antara suppliments yang boleh di ambil oleh ibu mengandung adalah:  

1. ESP


Melalui set ni, ibu akan dibekalkan Susu rendah lemak dan rendah gula ESP yang diperbuat dari soya berkualiti tinggi.  Susu ini mengandung kandungan protein yang lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran bayi. Soya ESP ni adalah soya asli tanpa bahan ubahan genetik yang merbahaya seperti di pasaran.

Antara kebaikan ESP untuk ibu mengandung adalah:

i. Menguatkan rahim.
Dengan memberi protein yang secukupnya bagi menyokong dan menguatkan rahim intuk menampung baby yang makin membesar.

ii. Bantu pembentukan baby.
Protein diperlukan bagi pembentukan sel-sel baru. Dari sel ni akan terbentuk tisu dan organ sempurna yang diperlukan untuk pembentukan baby yang sempurna.

iii. Membantu kurangkan kesan strestch marks.
Perut ibu akan mula mengembang bila bany makin membesar. Ini akan menyebabkan kesan seperti rekahan. Protein dapat membantu mengurangkan kesan rekahan ini.

iv. Pembekal tenaga segera
Ibu hamil kerap mengalami keletihan. Pengambilan ESP mampu meberi kesan tenaga segera dan rasa kenyang yang lebih lama disebabkan index GI yang rendah.

Maka soya ini adalah soya terbaik untuk ibu dan bayi serta selamat digunakan tanpa alergik, eczema atau sebarang side effects.

2. VITAMIN C
Selain untuk kuatkan imun badan ibu yang rendah ketika hamil, vitamin C juga sangat membantu penyerapan iron bagi ibu hamil.
.
Iron sangat diperlukan dalam darah untuk bekalkan oksigen dalam darah yang secukupnya untuk ibu dan anak.
.
Antara kebaikan utama SR vitamin C Shaklee:

 🌸gebukan kulit dan hilangkan parut
 🌸menguatkan gusi dan tulang
 🌸menguatkan imuniti badan dari jangkitan penyakit.
 🌸menguatkan saluran darah.
 🌸membantu proses tambah sel darah merah.
 🌸sebagai anti-oksida
 🌸bantu penghasilan kolagen dalam badan.
 🌸tingkatkan kesuburan.

3. B COMPLEX



Bcomplex dapat membantu meredakan alahan. Ia juga mengandungi kesemua 8 vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B12, B9 (asid folik) dan biotin).
Ibu hamil perlukan asid folic y mencukupi sepanjang tempoh kehamilan untuk elakkan neural tube defects pada baby.
.
B Complex juga membantu tukar makanan ke tenaga. Badan tak cepat penat. ✅

4. VITALEA with Iron FORMULA


.
Untuk tenaga dan make sure HB tak drop. Aim HB utk ibu mengandung lebih dr 11. Elak anemia in pregnancy. Preterm birth.

5. OMEGAGUARD

Omegaguard mengandungi omega-3-fatty acid yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak,saraf, mata yang sempurna.

Kebaikan omegaguard adalah ia tidak hanyir seperti jenama lain walaupun diperbuat dari ikan laut dalam. Ia melalui proses penyulingan sebanyak 3 x bagi menghilangkan logam merkuri yang sering terdapat dalam ikan laut dalam. Kandungan merkuri ini merbahaya kepada ibu mengandung dan bayi.

Oleh itu, omegaguard shaklee adalah jenama paling selamat untuk ibu mengandung.

6. OSTEMATRIX

Kalsium diperlukan untuk menyokong sistem muskuloskeletal, saraf dan peredaran darah.
.
Pengambilan Ostematrix membantu memberikan kesihatan tulang dan gigi yang kuat untuk ibu dan bayi. Membekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Dengan pengambilan set mengandung ini, ibu mengandung pasti alami kenangan paling indah semasa memgandung seperti ibu-ibu lain yang sudah mencuba.👍🏻😊

CADANGAN SET:

 🌿Set premium ibu mengandung:

ESP, vitamin C, osteomatrix, omegaguard, B complex, vitalea iron 

🌿Set medium: ESP, osteomatrix dan vitamin C, b complex, omega 

🌿Set mengandung bertenaga: ESP, vitamin C, Ostematrix, Vitalea

🌿Set mengandung ibu anemia: Vitalea iron, b complex, vitamin C

🌿Set basic: ESP, vitamin C



Thank you for reading 💋

Nak order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Monday 9 April 2018

8 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KECANTIKAN

Assalamualaikum.

Hari ni kakros nak share dengan korang tentang 8 kebaikan vitamin C untuk kecantikan! Siapa je tak nak cantik kan? 


Pastikan anda mendapat banyak vitamin C setiap hari untuk meraih 8 manfaat ini 


1. Kuku Lebih kuat

Vitamin C membantu mengekalkan struktur kuku dan menguatkannya dari lapisan dalam dengan membantu badan menghasilkan kolagen.




2. Mencegah Tanda-tanda Penuaan

Oleh kerana ia adalah antioksidan yang kuat, ia membantu mengekalkan kedutan dan kekeringan kulit dengan melawan kerosakan radikal bebas.





3. Membantu Anda Kelihatan (Dan Rasa) Bertenaga

Kekurangan zat besi boleh membawa kepada anemia yang mengakibatkan keletihan dan kelemahan. Vitamin C membantu anda menyerap zat besi dari makanan yang anda makan yang membantu anda merasakan dan kelihatan lebih bertenaga!



4. Melindungi Kulit Anda Dari Kerosakan Matahari!

Vitamin C bukan sahaja membantu mencegah kerosakan UV, bertindak seperti pelindung matahari yang semulajadi, ia juga membantu memusnahkan kerosakan yang telah dilakukan oleh matahari kerana ia adalah mempunyai sifat melawan radikal bebas yang kuat.




5. Menyokong Rambut kuat dan berkilauan

Mempunyai Vitamin C yang mencukupi dapat membantu mencegah hujung rambut berpecah dan rambut kering dengan menguatkan folikel rambut dan merangsang pertumbuhan rambut. Malah, pengambilan Vitamin C yang rendah mungkin menjadi penyebab utama untuk beberapa masalah berkaitan rambut yang mempengaruhi pertumbuhan rambut kita!



6. Mengetatkan Kulit Anda

Vitamin C diperlukan untuk pengeluaran kolagen, yang membantu memberikan ketegangan dan mengekalkan tona kulit. Apabila kulit kekurangan kolagen, ia menjadi kusam dan tidak bermaya.

Mempunyai cukup Vitamin C adalah penting untuk memastikan anda menghasilkan kolagen yang cukup untuk kulit yang sempurna berisi dan sihat!



7. Membantu Pembaikan Sembelit

Tubuh menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak, membantu menyembuhkan luka seperti luka, lebam dan nanah yang berkaitan dengan jerawat. Ingin membersihkan kulit anda dan mengurangkan kemerahan? Cuba naikkan pengambilan Vitamin C!




8. Kulit Selembut Sutera

Ketulan, benjolan dan patch kasar hilang! Tanpa nutrien yang mencukupi, kulit menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C meningkatkan penampilan dan tekstur kulit kerana ia meningkatkan pembentukan elastin yang menebal, melindungi dan menyembuhkan sel-sel kulit. Kesan penebalan membantu mengekalkan kelembapan, meningkatkan peredaran kulit dan memancarkan permukaan kulit.



Thank you for reading 💋

Nak order?
Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...