Hai korang!
Last week kakros dapat rezeki pergi ke Sabah untuk event Made By Malaysia di Sabah.
Pergi hari Jumaat dan balik pada hari Ahad.
Kakros pun lama dah tak naik flight. Nasib ada kawan office dekat sebelah masa naik flight. Hahahah
Kitaorang berlapan yang pergi ke Sabah ni. 4 lelaki dan 4 Perempuan.
Day 1 :
We are ready! Lagi 2 orang dah gerak dulu. hehe
Nasib baik K4. Takperlu jalan jauh hahaha
Alhamdulillah dah sampai sabah. Siap dapat passport 😜
Nasib baik lah tak buang hahhaa
Gerak @ 845am dan sampai @ 12pm macam tu.
Terus gerak pergi makan ke restaurant AsiaRasa dan terus ke hotel kami. Yayy
Rehat dulu dalam hotel sebelum 9pm kita akan rehearsal di Hotel Le Maridien.
Rehat sambil buat kerja sebab hari Jumaat kan hari kerja! hihi
Pukul 530pm kitaorang bertiga pergi jalan jalan sekitar Kota Kinabalu menikmati pemandangan dan juga apa yang ada di sini plus makan Ice Cream. Hahaha
Pukul 6pm dah maghrib tapi kami balik ke bilik pada pukul 7pm macam tu dan gerak ke bilik tempat trainer training sebelum pukul 830pm kami turun untuk dinner.
MAKAN SEAFOOD! OH YEAHHH
Alhamdulillah. Selepas kenyang, kitaorang terus ke Le Maridien Hotel untuk reheasal dan set up.
12am kitaorang balik dan rehat untuk event esok!
Day 2 :
Taktahu la sebab penat ke apa, boleh pulak terlambat bangun. Hahahaha. MasyaALLAH sister belum event, dah terlambat bangun.
Event bermula @ 8am hingga 5pm. Alhamdulillah everything went well.
Pada tengah hari, rezeki dapat lunch di hotel Le Maridien! heheh
Butttt..... sorry, kakros tak dapat nak try makanan sabah bila team kata masam etc. Hahaha
Habis event, dalam 6 lebih baru keluar dari hotel. Pasar Philipine betul betul depan Hotel Le Maridien, So, jom la kita shopping. Hhaahhaa
Hasil membeli pada malam itu. Cukup RM110 dan cash dah habis sebab tak suka bawak cash! Kahkah
Malam tu kitaorang pergi ke bilik team untuk makan KFC. Kirim dekat dia sebab dia ada keluar ke Imago Mall jumpa kawan dia. Huhu
Malam tu pun kita tidur rehat. zzz
Day 3 :
Nak pergi ke kundasang tapi disebabkan takut tertinggal flight, kita pun jalan-jalan je area Kota Kinabalu. hehe
Breakfast di Hotel dulu sebelum jalan-jalan.
Shopping buat kali kedua untuk anak buahku. Hahaha
Disebabkan penat berjalan, kita pun singgah ke CKS grocer.
No comments:
Post a Comment