Friday 9 March 2018

TIPS ATASI MORNING SICKNESS

Assalamualaikum.

Hari ini kakros nak share dengan korang Tips atasi morning sickness.

First of all, congratulation buat siapa yang dah menamatkan zaman bujang
dan tengah mengandung 😀 Doakan kakros pulak tamatkan zaman bujang ye.
Hahaha!

Selalunya orang yang baru mengandung akan ada morning sickness. Betul tak?
Setiap orang ada morning sickness yang berlainan.
Ada yang teruk ada yang biasa je.



APA ITU MORNING SICKNESS?

Morning sickness atau turut dikenali sebagai loya dan muntah ketika hamil.
Biasanya morning sickness ni bermula sekitar 4 atau 6 minggu usia kehamilan.
Wanita yang mengalami morning sickness akan rasa loya, dan mungkin muntah apabila bangun pagi. (sebab itu dinamakan morning sickness)

Rasa loya dan muntah kerap berlaku pada waktu pagi mungkin disebabkan perut kita kosong.

KESAN MORNING SICKNESS 

Orang yang ada morning sickness ni akan hilang selera makan dan minum dan boleh mengganggu aktiviti seharian. Badan seorang yang ada morning sickness ni akan mudah rasa letih dan tidak bertenaga. Ianya juga boleh menyebabkan badan dehidrasi disebabkan muntah terlalu kerap dan boleh memberi kesan kepada perkembangan bayi akibat kekurangan zat dan nutrisi.




CARA MENGATASI MORNING SICKNESS 

1. Makan dalam kuantiti sikit tetapi kerap
2. Makan makanan yang kaya dengan protein
3. Elakkan makananan berlemak, berminyak dan pedas
4. Banyakkan minum air
5. Pastikan rehat secukupnya
6. Mengambil makanan tambahan atau supplement
7.  Dapatkan nasihat doktor

Semoga perkongsian kakros dapat membantu sesiapa yang ada morning sickness 💘


Thank you for reading ðŸ’‹


Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

No comments:

Post a Comment

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...