Wednesday 31 January 2018

Skincare Baru Shaklee : YOUTH

Hi korang! Hari ni kakros nak share dengan korang tentang skincare terbaru Shaklee which is Youth 😀



Selepas 8 tahun kajian, akhirnya Shaklee telah keluarkan skincare terbaru iaitu YOUTH.

Apa yang kakros nak share dengan korang, Youth ni sangat best! Sebab kakros sendiri dah cuba di VIP HOTEL, Segamat pada 16 Januari 2018 yang lalu untuk Program Health & Wellness Talk Shaklee.





💯 % orang yang cuba Youth ni akan nampak lebih muda & 2/3 orang yang cuba Youth ni telah mengubah kulitnya 10 tahun lebih muda tauuu! 

Memang tak rugi kalau nak cuba Youth ni sebab dalam Cleanser & Toner Youth ada Muscadine grape! Bahan yang ada dalam Vivix. Sangat wow! 

Youth ada 6 product tau.



Cleanser
Toner

Serum

Moisturizer
Night Cream
Vitamin C+E


Youth ni akan launch February ini untuk BLNC dan Official Release on March!

Save the date.

Thank you for reading 💋

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Tuesday 30 January 2018

REVIEW : MELAKA

KENANGAN DI MELAKA BERSAMA #FANZ



Alhamdulillah semester 5, pada bulan September (15-16) dapat bercuti dengan mereka ke melaka 😍 Masa tu baru je 2 minggu masuk semester 5. Kitaorang pilih tarikh awal-awal sebab nanti kalau lambat, dah start busy and duit pun akan buat banyak benda lagi. Memang tak puas bercuti 2 hari 1 Malam ke Melaka. Rasa macam sekejap sangat sebab sekarang ni masa cepat sangat. 

Sebelum nak pergi tu, around seminggu awal kitaorang dah search dah mana makanan yang sedap and lepas dah list makanan, kitaorang listkan tempat dan juga jarak. memang gigih siap lukis peta ok hahaha setelah selesai tu baru kakros buat tentatif mana patut pergi dulu so that masa tu dapat di jimatkan dan takdelah ulang alik je!


1st Day

Johor cuti Jumaat Sabtu so Hari Jumaat pagi kitaorang gerak ke Melaka naik bas. Tiket Bas berharga RM11 seorang. Sampai je Melaka Central, kitaorang beli terus tiket balik Segamat. Risau habis takdapat nak balik Segamat pulak hahaha. Then kitaorang naik bas melaka sampai lah ke bandar melaka. Waktu tu dah tengah hari so kitaorang dah lapar. 



Tempat pertama kitaorang pergi Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Serious kakros cakap, asam pedas dia superb sampaikan Fatin yang makan sikit pun nak tambah hahaha. Setelah kenyang, kitaorang terus berjalan ke A Famosa. Waktu tu panas terik jugak lah so nasiblah kitaorang bawak spect boleh lah acah-acah seperti tourist. Kitaorang berjalan, bergambar dan melihat bandar Melaka dari atas. 

Sambil kitaorang jalan, ada sekumpulan macam ganggu kitaorang. Masatu macam artis dah sebab tutup tutup muka dan lari cepat-cepat. Orang melaka memang peramah sangat sampai kitaorang jalan ke naik kereta ke mesti ada je yang tegur haha. 


                                      

Turun je dari tu, kitaorang makan Cendol Jam Besar. Cendol dia sedap memang lain dari cendol Segamat. Habis basahkan tekak, kitaorang masuk Mahkota Prade untuk cari souvenier sebelum aktiviti kitaorang start sebab masa ni kereta tak sampai lagi so kitaorang akan jalan di sekitar bandar Melaka dulu. 






Tepat 5pm, abang service kereta sewa datang ambik kitaorang dan bawak kitaorang ke Office dia untuk beberapa perkara sebelum kitaorang sewa untuk sehari. Kitaorang sewa kereta Viva. Masa ni Ain ingatkan lesen dia dah tamat tempoh, so kena guna kakros punya details lah (dah lah tak biasa bawak). So, masa ambik tu diorang suruh kakros bawak dalam 50 meter sebelum bagi ain bawak sepenuhnya. Hahahaaha 

After dapat kereta tu kitaorang pergi Big Bowl Ice. Disebabkan petang sebab tu kitorang makan big bowl ice. Big Bowl ni price dia around RM10-20 macam tu. After that baru pergi beli Roti John Mael Lambong dan makan dalam hotel. Harga Roti John ni belas-belas ringgit then korang divide la berapa orang nak makan hehe




Apa yang kakros nak cakap, korang WAJIB cuba sebab roti john dia tersangatlah sedap.  Petang tu baru kitaorang Check In Venus Boutique Hotel. Hotel ni berkonsepkan purple. Dekat je dengan Mahkota Prade, Restoran Asam Pedas Masakan Kampung tu dan juga flyover. Kitaorang makan Roti John dan bersiap-siap untuk keluar malam untuk ke Jonker Walk. 

Rezeki kitaorang, dekat dengan Hotel Venus tu ada Pasar Malam so kitaorang jalan cuci mata sebelum ke Jonker Walk. Jalan punya jalan, ada satu air kelapa ni buatkan ktaorang nak cuba so kakros beli. Air kelapa ni berharga RM5. Kakros juga beli casing Glow in the Dark berharga RM15 dan Kipas kecik RM10. Total habis dekat Jonker Walk RM30. 
Pukul 10 pm kaki dah penat sebab kitaorang berjalan je dan masing-masing dah rasa mengantuk. So, kitaorang balik rehat sebab esoknya nak pergi jalan dekat tempat jauh lagi. 



2nd Day

Pagi subuh kitaorang bangun dan bersiap untuk check out. Kitaorang checkout awal sebab nanti tak balik hotel dah. Keluar terus ke destinasi yang nak pergi dan terus hantar kereta ke office. 




First kitaorang pergi Roti Canai Kayu Arang.  Tempat dia agak jauh tapi naik kereta kan so takde hal. Tempat dia di kawasan rumah so agak sempit la bila berjumpa dengan kereta yang lain. Sampai je kedai Roti Canai, orang ramai gila dan kena tunggu orang bangun untuk beberapa minit. Selepas dah order, almost 1 jam baru lah roti canai kitaorang sampai dan 5 minit je dah habis masuk mulut. hahahaa 

Kakros tak recommend datang sebab dah famous so ramai and rasa dia sama je macam roti canai biasa cuma beza masak guna kayu arang bukannya dapur api biasa. Tak berbaloi. Disebabkan lama, kitaorang terpaksa lah drag masa. Then kitaorang terus gerak ke Coconut Shake Original. Masa ni tak ramai orang so kitaorang dapat minum dengan senang hati and setiap kali datang Melaka mesti singgah sebab sedap sangat. Kawasan dia pun dekat area rumah siap ada parking khas tapi tak dalam. Tepi jalan ada untuk siapa nak take away. 



Then kitaorang pergi Pantai Klebang untuk bergambar sebab masa kitaorang pergi air pantai kering hahahaha. After beberapa puluh minit, kitaorang gerak ke Kuih Keria Antarabangsa Haji. Nasib kakros kena tunggu 1 jam sebab 2 dari depan kakros is the last person dapat kuih keria. Disebabkan nak sangat cuba, terpaksa lah ku tunggu jua. Service dia agak slow sebab sepatutnya get ready banyak-banyak so that takdelah orang tunggu lama tapi kuih keria dia sedap!



After that kitaorang lunch pulak dekat Asam Pedas JR. For me and others, Asam Pedas Selera Kampung is the best lah. Yang JR ni kurang sikit. Lain dari yang 1st dy kitaorang makan tu.

Dalam tentatif ada nak pergi rumah terbalik. Dekat je dengan Hotel Venus tu tapi masa tu dah nak dekat petang and ada satu lagi kitaorang pergi which is Mango Float. Mango Float ni jauh dari segala tempat yang kitaorang pergi sebab tu kitaorang choose untuk yang terakhir. Kitaorang beli Mango Float and minum dalam kereta dan terus gerak ke Office kereta sewa.


Kitaorang awal 30 minit dan kakros pun belajar la bawak kereta di dalam kawasan-kawasan tu then pusing tengok rumah orang. Hahahaha tepat jam 6pm kitaorang hantar dekat Kereta Sewa tu dan gerak ke Melaka Central untuk balik.

Untuk harga yang kakros tak tulis tu korang boleh tengok dekat bawah sebab kakros dah listkan semuanya. Seorang budget untuk ke Melaka tak sampai pun RM200 termasuk Hotel dan kereta Sewa. Cuma masa kakros pergi tu nak tukar battery phone lah. Beli Casing lah. Kipas lah. benda-benda yang tak penting hahaaha

Here kakros listkan semua perbelanjaan di Melaka :

Hotel = RM 39.85 (seorang)
Sewa Kereta = RM29.15 (seorang)
Tiket Bas 11 x 2 = RM22 (Seorang)
Asam Pedas RM10 + RM9 = 19 (termasuk air)
Cendol = RM2.50
Air Mineral = RM2
Minyak Kereta = RM5 (Seorang)
Big Bowl = RM10.10
Roti John = RM8.50 (sebab share 2 orang. so harga sebenar roti john adalah RM 17)
Air Kelapa = RM5
Roti Canai = RM3.50 (termasuk air)
Coconut Shake = RM 2.70
Kuih Keria = RM2.40 (Tak ingat berapa biji)
Mango Float = RM5

Total : 156.70 ( SEORANG)

Barang2 tak penting tak patut beli = RM 112 (sebab ada battery phone hahaha)


So, siapa nak ke Melaka, sediakan RM200 je dah boleh pergi !

Jangan contact kakros kalau nak pergi Melaka tapi contact lah kakros kalau nak beli Shaklee! Nak berjalan pun perlukan tenaga tau. Shaklee ada product untuk tenaga. Haha

Thank you for reading 💋

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

Sunday 28 January 2018

REVIEW : MAZE RUNNER : THE DEATH CURE

Here is Short review about Maze Runner : The death cure. 



Baru baru ni kakros with Mak dan kak ziha gerak ke Aeon Rawang at 630pm to watch Maze Runner pada pukul 8pm. Disebabkan cerita ni baru je keluar beberapa hari lepas, so sangat ramai orang datang untuk menonton. Walaupun rasa 630pm tu awal, tapi hakikatnya seat semua tinggal baris A and B sahaja 😭 Nak taknak kena jugak lah pilih kan. 

So we decide untuk duduk di barisan B, 11,12,13. Oh ya, Mak tengok jugak walaupun taktahu cerita ni mengenai apa hahahah cool right? Yes pada awalnya seat tu macam agak menganggu sebab bawah gilaaa weh macam kita ni semut then tengok screen tu manusia hahaha tapi lama-lama dah okay.

Kakros tak reti sangat pun nak review apatah lagi nak cerita sedikit sebanyak cerita ni dekat korang takut nanti tercerita semua hahahaha. Apa yang kakros suka tentang cerita ni, cerita ni sangat bekerjasama antara satu sama lain, Takpentingkan diri sendiri. Walaupun kita tengok sebab dia nak tolong seorang tapi melibatkan sampai 5 orang perlakon utama ( I guess?), itulah kualiti cerita ni. Sewaktu tengok tu memang tak boleh duduk diam sebab terlalu risau apa akan jadi lepas tu. hahaha 

Sebab tu kalau orang cakap kalau nak tengok wayang, tengoklah cerita english berbanding cerita melayu sebab diorang lot of ideas. Macan-macam pemikiran diorang ni sebab tu cerita diorang best! Kakros just nak cakap yang korang wajib tengok sebab sangat sangat best. Rugi kalau tak tengok dan kakros bagi 10/10. 



Kalau korang nak ajak kakros tengok pun kakros setuju nak tengok tapi korang lah belanja kakros! hahahahaahah


Saturday 27 January 2018

REVIEW : RESTORAN GEGEY

Hi korang!
Lamanya kakros tak post di blog ni tapi takpe this time kakros nak share dengan korang tentang satu restoran yang viral sehinggakan semua orang nak pergi untuk cuba siap masuk Malaysia Hari Ini, Jalan-Jalan Cari Makan tau!

Alhamdulillah 26 Januari 2018, kakros pergi ke Shah Alam untuk jumpa kak ziha & kak oya untuk lepak-lepak. Ladies time gituuu. Well, i am their sister right. Kadang setahun sekali rasanya jumpa. Punya lah busy! Alhamdulillah rezeki dapat pun jumpa!! 



Restoran Gegey

Kisah kakros bermula bila pagi tu baru nak cari uber untuk ke KTM Rawang then Aunty Azizah call mak & katanya boleh hantar ke KTM Rawang tapi before that Aunty Azizah nak ke Tesco Rawang dulu. So, 12pm kitaorang gerak ke Tesco Rawang sampai pukul 3pm. Tepat 330pm kakros naik KTM dari Rawang & Stop di KTM Batu Tiga. Masa yang di ambil lebih kurang 2 jam.



Kak ziha & kak oya tak sampai lagi sebab diorang dua baru balik kerja. Kak oya from KLCC and Kak ziha from Puncak Alam. Sempat Asar & maghrib dekat KTM Batu Tiga. After Maghrib terus gerak ke restoran yang viral iaitu Restaurant Gegey di Seksyen 7, Shah Alam. Dekat sangat dengan UiTM Shah Alam. Orang Shah Alam kalau tak try lagi taktahu lah sebab dengar review macam sedap so why not cuba kan?



Sebelum sampai tu dah siap google menu. Bila tengok gambar Air dia, OMG! I want Rainbow tuuuu hahaha Kalau korang sampai di Restoran Gegey tu, jangan korang tunggu dekat meja je tunggu orang dia datang ambik order sebab order dekat Kaunter & terus bayar. Nanti makanan tu sampai dekat meja korang. 

Masa untuk sampai tak lama sangat sebab kitaorang antaranya terawal sebab lepas tu dah start ramai orang dah. Okay, for kakros, Air dia sedapppp. Rainbow tu kek Rainbow dan letak atas air tu. Rainbow tu sebagai Topping sahaja dan air boleh pilih. Kitaorang pilih Mocha. Harga dia RM14.90. Berbaloi sebab air dia besar!! 3 orang minum pun cukup. Untuk air, kakros bagi 10/10 sebab kakros memang puas hati dengan air dia.
Mocha (Topping Rainbow)
Untuk makanan ada Western & Nasi. Kitaorang pilih Western Small Plater (2-4pax) berharga RM44.90. Dalam tu ada Aglio Oglio, Chicken Chop x2, Fries, Meatball x10 and Chicken Wing. Memang kakros cakap, kenyang gilaaa sampai chicken chop tak dapat nak habiskan. Tapi quality makanan dia kurang sebab meatball dia rasa sejuk (macam di panaskan balik), chicken chop dia tak berapa nak best, kuah dia biasa jee. aglio oglio pun rasa sejuk. Chicken wing habis so di gantikan Chicken Chop bersoskan chicken wing punya. Hahahah Fries dia je okay sikit 😂

Untuk makanan, 5/10  sahaja. Maybe nasi dia okay kot sebab kitaorang tak order. Haa lagi satu, Cashier dia tak mesra. Terus macam spoiled kan mood kitaorang. Hahahaha

Western Small Plater (2-4 pax)
Dalam 2 jam jugaklah kakros lepak dengan Kak Ziha & Kak Oya. Dalam pukul 10, kitaorang gerak balik. Pukul 1030pm, kitaorang hantar kak Oya naik KTM sebab kak oya nak balik Gombak. Then kak ziha hantar kakros balik rawang & bermalam di rumah 😃 Rezeki dapat spend more time dengan Akak kesayangan sorang ni. Nasib esoknya sabtu. Off day 

Okay, thats all review about Restaurant Gegey. Overall, 6/10 je kot kepuasan tentang Restaurant Gegey ni. Hope Restaurant Gegey dapat improvekan lagi! Sebab tarikan Air dia betul-betul mengajak orang untuk datang sebab kakros tengok setiap meja mesti ada air Rainbow! Tapi kalau quality tak jaga, memang sekali jela orang akan datang utk rasa. After that memang tak dah. Hihi
With Kak Ziha & Kak Oya

 Nak kakros review apa lagi? Comment below 💘

Thank you for reading 💋

Whatsapp  0173194200
Facebook  Zahidah Zakaria
Instagram  Byzahidahzakaria

EXCITED! KOKO KRUNCH DARI INDONESIA

Jauh sungguh pergi sampai ke Indonesia kakros beli koko krunch! HAHA Tapi, koko krunch ni lain dari yang lain tau. Jom tengok 😋 ...